Apa itu Perpustakaan ?? | Blog Legenda Tauhid

Wednesday,May 07,2025

Apa itu Perpustakaan ??


03.17 |

Pada zaman global sekarang, pendidikan
merupakan sesuatu yang penting. Karena
pendidikan merupakan akar dari peradaban
sebuah bangsa. Pendidikan sekarang telah
menjadi kebutuhan pokok yang harus dimiliki
setiap orang agar bisa menjawab tantangan
kehidupan.Untuk memperoleh pendidikan, banyak
cara yang dapat kita capai. Diantaranya melalui
perpustakaan. Karena di perpustakaan berbagai
sumber informasi bisa kita peroleh, selain itu
banyak juga manfaat lain yang dapat kita peroleh
melalui perpustakaan. Ketika kita mendengar kata
perpustakaan, dalam benak kita langsung
terbayang sederetan buku-buku yang tersusun
rapi di dalam rak sebuah ruangan.

Adapun Perpustakaan ialah sebuah bangunan yang
menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat
dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk
digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam
( kerajaan ), institusi mahupun persendirian. Jika
dahulu perpustakaan digunakan untuk menyimpan
pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan
majalah, tetapi disebabkan kepesatan dunia
maklumat, perpustakaan kini dijadikan gudang
yang menghimpunkan juga pelbagai sumber yang
bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun
bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan
perpustakaan hari ini juga menyediakan
perkhidmatan internet untuk kegunaan umum.
Perpustakaan terbesar adalah "Perpustakaan
Kongres".
Jenis-jenis perpustakaan
Perpustakaan negara
Perpustakaan Negara Iran.
Perpustakaan negara merupakan perpustakaan
terbesar untuk sesebuah negara dan mempunyai
koleksi terbanyak serta menjadi pusat rujukan
utama. Kebanyakan perpustakaan negara juga
dijadikan "Pusat Bibliografi Negara". Pengguna
untuk perpustakaan negara adalah orang awam
sama ada rakyat negara terbabit atau masyarakat
luar (terutama penyelidik yang mahu membuat
kajian terhadap negara terbabit). Belanjawan
perpustakaan negara adalah di bawah kerajaaan
yang mentadbir sesebuah negara itu. Contoh
perpustakaan negara ialah Perpustakaan Negara
Malaysia.
Perpustakaan akademik
Perpustakaan akademik merujuk kepada
perpustakaan yang terdapat di institut pengajian
tinggi dan koleksi-koleksinya berasaskan kursus
yang terdapat di pusat pengajian tinggi tersebut.
Ia dibuka kepada para pelajar, pensyarah dan
penyelidik luar. Contoh perpustakaan akademik
ialah Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ, Universiti
Teknologi Malaysia) dan Perpustakaan Tun Dr
Ismail ( UiTM , Johor).
Perpustakaan awam
Perpustakaan awam merujuk kepada
perpustakaan negeri. Perpustakaan awam dibiayai
oleh kerajaan negeri masing-masing dan
koleksinya adalah menyeluruh. Penggunanya
adalah sama seperti perpustakaan negara tetapi
ia lebih menekankan kepada masyarakat
setempat. Contoh perpustakaan awam ialah
Perpustakaan Awam Melaka.
Perpustakaan khusus
Kebanyakan perpustakaan khusus adalah
perpustakaan yang dibina oleh syarikat-syarikat
persendirian yang mempunyai koleksi berkaitan
perniagaan mereka. Sebagai contoh Perpustakaan
Khusus SIRIM yang mengandungi koleksi hanya
berkaitan SIRIM sahaja. Penggunanya pula adalah
kakitangan SIRIM dan penyelidik luar yang mahu
maklumat mengenai SIRIM.
Pusat sumber
Apabila berkata mengenai pusat sumber, ia lebih
merujuk kepada pusat sumber sekolah.
Koleksinya pula hendaklah berkaitan dengan
kurikulum dan kokurikulum dan ko-akademik
sekolah. Namun permasalahan yang terdapat di
dalam pusat sumber kini adalah kekurangan
koleksi berbentuk ilmiah dan kebanyakan pusat
sumber hanya menumpukan kepada koleksi
berbentuk luar dari ilmiah seperti novel.
Pusat Sumber Sekolah bukan hanya sekadar bilik-
bilik tertentu, tetapi keseluruhan prasarana yang
terdapat di sekolah, bermula dari pintu pagar
hingga ke seluruhan kawasan sekolah yang
menjadi sumber pendidikan. Ianya termasuk bilik-
bilik khas, taman-taman, kantin atau apa sahaja
yang boleh dijadikan rujukan.
Selain daripada 5 jenis perpustakaan di dunia,
terdapat pecahan kecil yang mengungkai cara
perpustakaan-perpustakaan ini bergerak iaitu:
Perpustakaan tradisional
Perpustakaan digital
Perpustakaan maya
Perpustakaan campuran
Jabatan-jabatan di dalam perpustakaan
Jabatan Pemerolehan
Jabatan Pengkatalogan
Jabatan Pengedaran
Jabatan Automasi
Jabatan Bersiri
Bilik Bacaan Muzium British , London . Bangunan
ini telah digunakan sebagai bilik bacaan utama
Perpustakaan British dan kini telah dijadikan
bahan pameran muzium .
Perpustakaan terkenal di dunia
Rencana utama: Senarai perpustakaan
Perpustakaan Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Perpustakaan Awam New York di Kota New
York
Perpustakaan Negara Rusia di St Petersburg
Perpustakaan British di London
Bibliothèque nationale de France di Paris
Perpustakaan Kongres
Perpustakaan Kongres di Washington, D.C. .
Perpustakaan Alexandria dan Bibliotheca
Alexandrina moden di Mesir
Perpustakaan Ambrosian di Milan
Perpustakaan Assurbanipal di Nineveh
Perpustakaan Bodleian di Universiti Oxford
Perpustakaan Sains Ekonomi dan Politik Britain
di London
Perpustakaan Butler di Universiti Columbia
Perpustakaan Universiti Cambridge di Universiti
Cambridge
Perpustakaan Carnegie di Pittsburgh
Carolina Rediviva di Universiti Uppsala
Perpustakaan Diraja Belanda di The Hague
Perpustakaan Eropah
Perpustakaan Fisher di Universiti Sydney
Perpustakaan Awam Franklin di Franklin,
Massachusetts
Perpustakaan Percuma Philadelphia di
Philadelphia
Perpustakaan Garrison di Gibraltar
Perpustakaan Harold B. Lee di Universiti
Brigham Young
Perpustakaan Parlimen, Westminster , London
Perpustakaan Undang-undang Jenkins di
Philadelphia
Perpustakaan John Rylands di Manchester
Perpustakaan Universiti Leiden di Universiti
Leiden , Leiden
Perpustakaan Kongres di Washington, D.C.
Perpustakaan Sir Thomas Browne
Perpustakaan Mitchell di Glasgow
Perpustakaan Negara Australia di Canberra,
Australia
Perpustakaan Negara Ireland, Dublin
Perpustakaan Awam New York di New York
Perpustakaan Sejarah Perubatan Osler,
Universiti McGill , Montreal , Kanada
Perpustakaan Gondishapur
Perpustakaan Powell di UCLA
Perpustakaan Negara Rusia di Moscow
Perpustakaan Diraja di Copenhagen
Perpustakaan Pusat Seattle
Staatsbibliothek di Berlin
Perpustakaan Negeri Victoria di Melbourne
Perpustakaan Memorial Sterling di Universiti
Yale
Perpustakaan Vatican di Vatican City
Perpustakaan Widener di Universiti Harvard
(Perpustakaan Universiti Harvard)

Yang telakhir Blog Perpustakaan tauhid, barang kali perpustakaan yang telahir ini anda tidak pernah mendengar namun esensinya adalah bersumber dari Tauhid. Maka dari itu tidak ada masalah saya pakai nama blog perpustakaan tauhid. Wallahu a'lam.


Lebih Menarik Lagi:

Related Posts



Comments
0 Comments

0 komentar:

Posting Komentar