ASAL AGAMA DI ALAM DUNIA | Blog Legenda Tauhid

ASAL AGAMA DI ALAM DUNIA


00.35 |

Adam As telah diciptakan Allah SWT,
pada zaman, di mana belum ada
seorang pun makhluk yang bernama
manusia di atas muka bumi ini.
Allah SWT telah menciptakan Adam
SA dari4 anasir iaitu tanah,air,api
dan angin.
Allah SWT telah menempa lembaga
Adam AS dari tanah liat dan
meletakkannya pada suatu wadah.
Ketika itu seluruh makhluk yang
menghuni Syurga diperintah untuk
sujud kepada lembaga tersebut,
kecuali Iblis, lantaran
keingkarannya. Dengan itu, Allah
SWT telah melaknat dan mengusir
Iblis keluar dari SyurgaNya, dan Iblis
termasuklah di kalangan makhluk
yang dilaknat Allah SWT. Setelah itu
Allah SWT meniupkan ruhNya ke
dalam lembaga tersebut sehingga
Adam bangkit dan mengucapkan
"Alhamdulillah".
Kisah Iblis mendurhakai Allah SWT
untuk sujud kepada lembaga Adam
AS sebagai penghormatan kepada
bakal khalifahNya di muka bumi ini
tersebut di dalam ayat suci Al-Quran
dalam surah Al-Araf (ayat 11-13):
Maksudnya :
11 - Dan Kami menciptakan kamu,
(wahai insan), dan memberi kamu
rupa yang sempurna. Kemudian
Kami berkata kepada para malaikat,
"Sujudlah kalian kepada Adam", jadi
mereka bersujud, kecuali Iblis. Dia
termasuk orang yang tidak bersujud.
12 - Dan (Allah) berfirman, "Apakah
yang menghalangimu dari
menjalankan perintahKu?" Iblis
berkata, "Aku ini lebih baik dari dia.
Engkau telah ciptakan aku dari api
sedangkan dia dari tanah."
13 - (Allah) berkata, "Keluarlah
engkau dari SyurgaKu, sesungguhnya
engkau tidaklah patut bongkak dan
sombong. Sesungguhnya engkau
telah terlaknat."
Maka, Adam AS berdiamlah di
SyurgaNya selama beberapa ketika
dengan penuh bahagia dan
gembiranya. Tetapi Adam AS tidak
memiliki teman bicara mahupun
bergurau senda. Allah SWT Maha
Mengetahui bahawa Adam AS sunyi
dan telah menciptakan untuknya
seorang pasangan iaitu, Hawa dari
salah satu tulang rusuknya sebagai
teman hidup Adam AS di syurga.
Mereka hidup dengan bahagia
sehinggalah suatu ketika datanglah
Iblis menyusup masuk, yang
menurut setengah riwayat dengan
berupa seekor ular, tetapi
bagaimana kaedah menyusup Iblis
ke dalam syurga itu, Walla'hualam.
Iblis menggoda Adam AS dan Siti
Hawa untuk memakan buah larangan
yang terdapat di syurga sehingga
akhirnya mereka termakan pujuk
rayu mereka.
Allah SWT mengeluarkan mereka dari
Syurga kerana telah melanggar
larangan di Syurga. Maka
bermulalah kehidupan mereka di
atas muka bumi dengan ditugaskan
untuk menjalani ujian-ujian.
Jatuhlah Adam AS menurut setengah
riwayat di Sri Lanka dan Siti Hawa di
Jazirah Arab. Setelah itu, mereka
hidup sehingga melahirkan anak
cucu, termasuk Habil dan Qabil yang
kemudiannya dikisah dalam Al-
Quran. Mereka berdua ditugaskan
membawa ajaran Tauhid yang satu
dan disuruh mewaris kepada anak
cucu mereka untuk berpegang
padanya. Agama dalam kehidupan
insan adalah untuk mengekang hawa
nafsu manusia dan membentuk sifat
bertaqwa kepadaNya. Ayat Quran
Surah Adz-Zariyat 56 :
Dan Aku tidak menciptakan jin dan
manusia melainkan supaya mereka
menyembah-Ku.
(QS. Adz-Dzariyat: 56)
Zaman terus berlalu sehingga
syariat Allah di muka bumi
mengalami perubahan sedikit demi
sedikit mengikut kadar kesesuaian
budaya dan masyarakat setempat
serta berdasarkan kemajuan manusia
menongkah arus perubahan zaman.
Allah telah mengutuskan Rasul-Rasul
dan Nabi-NabiNya kepada setiap
bangsa sebagaimana yang disebut
dalam ayat suci Al-Quran surah Al
Fatir ayat 24 yang mafhumnya
begini :
"Tiada suatu umatpun (di atas bumi)
, melainkan telah Kami beri seorang
pemberi ingatan."
(Al Fatir, 24)
Maka Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi ini
membimbing manusia ke arah
kebaikan dan bertauhid kepadaNya.
Antara mereka yang diutus untuk
menyampai risalat Tuhan ini adalah
25 Rasul yang wajib kita ketahui kita
umat Islam sebagaimana yang
disebutkan nama-nama mereka di
dalam Al-Quran. Sekalipun
diturunkan mereka ini, manusia
masih ramai yang engkar padaNya.
Mereka juga gemar memesongkan
ajaran Tauhid sehingga tidak murni
lagi.
Selain dari 25 Rasul yang wajib kita
ketahui di atas, ada kira-kira 313
orang Rasul yang tidak tersebut di
dalam kitab Suci Al-Quran namanya.
Di samping 124,000 orang NabiNya
yang tidak ditugaskan membawa
risalah keTuhanan. Antara mereka
yang dilantik menjadi Rasul-Rasul
tadi, ada yang langsung tidak
pernah dapat dikesan serta
dikenalpasti melalui kajian sarjana-
sarjana yang mengkaji sejarah umat
manusia dan keagamaan serta para
ulama', sedangkan ada kalangan
mereka yang dipersetujui memiliki
kriteria penuh untuk diisytiharkan
para Rasul Allah SWT. Kalangan
ulama-ulama dan intelek Islam
sendiri telah ramai yang
mengesahkan dan bersetuju besar
kemungkinan, tokoh-tokoh besar
agama-agama besar dunia ini
kebanyakannya para Rasul dan Nabi
Allah SWT. Termasuklah Sidharta
Gotama Buddha, Lao Tse, Kong Hu
Chu, Shri Rama, Shri Krishna,
Mahavira, Mani, Zarathustra dan
ramai lagi mengajarkan tertib dan
kaedah menuju Tuhan Yang Esa.
Besar sekali kemungkinan, agama-
agama seperti Hindu, Buddha, Jain,
Manicaesme, Zoroastrianisme,
Taoisme dan banyak lagi agama-
agama yang dikatakan dan
diklasifikasi sebagai agama budaya
hari ini berasal dari ajaran Tauhid
yang dibawa tokoh-tokoh yang
memenuhi kriteria kerasulan tadi,
yang kemudian setelah meninggal
mereka ini, dirubah dan di tokok
tambah sehingga bercampur ajaran
murni dengan ajaran batil dalam
ajaran agama mereka. Bercampur
antara yang haq dengan batil yang
dipenuhi mitos dan dongeng karut.
Ini semua dilakukan oleh pengikut-
pengikut terkemudian sebagaimana
agama Nasrani dan Yahudi, dua
agama yang berasal dari agama
langit dirosakkan oleh pengikut
kemudian. Begitu juga di kalangan
Arab Quraish yang menyelewengkan
ajaran murni Agama Hanif Ibrahim
AS kepada penyembahan berhala.
Sekiranya diteliti memang terdapat
banyak yang mirip seolah-olah
persamaan dalam beberapa ajaran
pokok seperti mempercayai ada
pencipta Yang Esa, syurga dan
neraka serta mempercayai adanya
orang-orang suci pilihanNya dan
memiliki kitab-kitab suci yang
mengajarkan kebaikan-kebaikan yang
mana mirip dengan ajaran Al-Quran
seperti larangan mencuri, berzina,
mencuri, berjudi, merompak dan
suruhan beribadat kepada Yang Esa.
Yang berbeza adalah perlaksanaan
Syariat yang berbeza-beza. Zaman
sebelum Rasul SAW sememangnya
syariat lain dan berbeza antara satu
umat dengan umat lain.
Bahkan kalangan ulama dan pengkaji
Islam sendiri yang mengkaji kitab-
kitab suci mereka telah menemukan
penemuan-penemuan besar yang
jelas serta terangan
memberitahukan akan ramalan
kedatangan Rasul penutup kalangan
mereka sepertimana di dalam kitab-
kitab Veda, Tripitaka, Zend Avista
dan lain-lain kitab agama lama,
sebelum kedatangan Muhammad
SAW. Selain itu, didapati terdapat
banyak kisah-kisah umat lama yang
serupa seperti mana di dalam Veda
ada menyebut kisah Nabi Nuh AS
dengan banjir besar yang dalam
bahasa mereka adalah Manu. Juga
kisah Ibrahim AS(Brahma), dan Siti
Sarah(Sarasvati), yang diangkat umat
kemudian dalam Hindu menjadi
Dewa serta setaraf Tuhan. Kitab-
kitab lama menyebut berkenaan
Muhammad SAW dalam panggilan
bahasa mereka yang membawa
maksud yang sama iaitu yang terpuji
dalam bahasa masing-masing
seperti Ahamiddhi, Soeshyant,
MahaRishi, Astvat-ereta, Maitreya
dan lain-lain. Kita akan bercerita
tentang ini dengan lebih panjang
lebar di penulisan yang lain pula.
Perkara ini berterusan sehinggalah
zaman kedatangan Rasul pilihan
Allah SWT yang diutus sebagai
penutup kerasulan iaitu Nabi
Muhammad SAW. Ajarannya lengkap
dan sempurna menjadi penutup
segala ajaran lama yang berbeza
syariat. Dari zaman baginda SAW
diutus sehingga ke akhir zaman,
agama Islam terus dipertahankan
oleh para Alim Ulama' dan Wali-Wali
kekasihNya, sehinggalah ke zaman
penghujung yang akan lahir seorang
mujaddid yang akan menjadi
penutup pula dari kalangan sekelian
para Wali dan Ulama', iaitu Imam
Mahdi AS sohib uz zaman.
Begitulah fitrah kejadian manusia
yang mana, akan sentiasa ada
pertempuran yang haq dengan yang
bathil kerana Iblis telah banyak
memasukkan Talbis dan tipudayanya
ke dalam ajaran agama, sehinggalah
ke penghujung zaman, sebelum
beralih ke alam yang seterusnya
iaitu alam Akhirat.


Lebih Menarik Lagi:


Comments
0 Comments

0 komentar:

Posting Komentar